Saturday, June 7, 2008

Still Going

well, new number, new me..towards a bright future..hehe..dah setengah abad la kirekan ni...haha
smoga umur aku yang dilanjutkan..selagi hayat dikandung badan aku doakan kawan-kawan yang same2 meraikan umur yang baru agar dapat menjalankan hidup yang penuh bermakna dan diberkati olehNYA..amin~~

Thursday, June 5, 2008

kawin

marriage is one big question that i myself got no answer for it, when, with who. insya allah, one fine day i will mit someone that i really love and quickly marry her..hehe .to me, marriage is one big responsible to handle. nevertheless, we cant avoid this kind of situation. looking at mostly all of my friend, they did find mrs right and i personally happy with them. may allah bless them with good health and live happily ever after.

Wednesday, June 4, 2008

1st time in my life, brought my own bike heading to KL...haha...intresting..passion...like i said...i love to travel...until this one incident my bike`s caberator was leaking...in the mid highway heading to singapore.. and i was looking at the signboard `alor gajah` walawe....still far ley~~~

haha

zakzik,cairo

"budak2 kat cni ada yang malas nak pegi kuliah..ni ko kuliah zakzik..haha..mepek ah ko"
antara ungkapan yang terngiang-ngiang dalam kepala otak aku. antara satu alasan untuk aku memlilih kuliah zakzik adalah sebab aku ingin ke kuliah. selagi aku dapat restu dari ibu bapa aku. selagi badan aku masih bertenaga. selagi aku masih sihat aku akan teruskan langkah aku untuk mengadap ilmu.
zakzik adalah sebuah daerah yang terletak kira-kira 96km ke utara kahirah.


View Larger Map

aku bayangkan perjalanan aku dari pasir ris ke jurong west. tak penat? kalau sayidina ali boleh melangkah jauh beribu batu untuk mendapatkan setitik ilmu dari gurunya, kalau rasulullah SAW mampu berjalan dengan kakinya.. kenapa aku tidak?
"tuntutlah ilmu kalau sejauh negeri cina"

Tuesday, June 3, 2008

Singapore-Malaysia-Egypt

Tiga negara,tiga citarasa berbeza. kalau dilahirkan di Singapura memang rasanya sungguh selesa,nyaman dan segala-galanya pesat membangun. sebagai warga negara singapura mesti ada perasaan `selfish`. angkuh dengan kemegahan negara kita yang jauh lebih maju dari negara jiran. tak percaya? tengok saja bila kita masuki negara malaysia atau ingin pergi ke kuala lumpur, kita akan berpakaian yang mencerminkan gaya kesingapuraan kita dan kita akan sindir orang malaysia kalau mereka kurang `style` dari kita.
maaf kalau tersinggung tapi aku bukan maksudkan keseluruhan tapi segelintir. kalau kita lihat pada rekod jenayah yang berlaku di johor, kes kecurian atau ragut banyak melibatkan warga negara singapura. aku salah?kalau tidak percaya masakan berita harian singapura banyak memaparkan kes ragut melibatkan warga singapura?.
tapi perlu di ingat warga malaysia pon tidak lepas dari kes ragut juga, kes bunuh bayi kecik dan kes rogol remaja perempuan. aku bukan nak memalukan mana-mana pihak tapi cuma ingin beri penerangan bahawa jangan salahkan satu pihak saja. angin tidak bertiup masakan pokok bergoyang?. bila aku dapat masuk kisdar aku menunjukkan sifat-sifat nabi SAW. kita di negeri orang buat cara kita di negeri orang jangan berlagak.hormat antara satu dengan yang lain. kebetulan aku sorang saja pelajar singapura, yang selebihnya pelajar malaysia. aku merasa kaku,segan dan keras.
percaya atau tidak mereka tidak pandang pada status. selagi dipanggil muslim,selagi dipanggil
melayu mereka amalkan sopan-santun. mereka ajak datang rumah mereka jika ada majlis-majlis tertentu seperti kenduri-kendara. aku rasa sangat rugi kerana nilai-nilai sebegini kurang terdedah kepada orang melayu singapura kita yang remaja khususnya yang suka
pikir diri sendir lebih ditonjolkan dari sifat ramah-tamah. sifat sebergitu kurang aku lihat di negara sendiri. pengalaman yang seronok bila dapat kawan dari malaysia. mereka suka membantu. aku sayangkan mereka sampai terlintas difikiran ingin tinggal di malaysia. aku tak putuskan hubungan begitu sahaja, sampai sekarang aku masih berhubung dengan mereka.
bila sampai di mesir pula aku berada dengan rakan-rakan senegeriku. cukup manis bila melihat mereka sama-sama berada di mesir untuk tujuan yang satu. aku rindu saat-saat berada di bangku sekolah. sama-sama selekeh. tiba-tiba menjadi pelajar yang disegani. bukan segelintir tapi ramai.
melibatkan diri dengan persatuan menjadi satu kewajipan yang aku lihat dikalangan pelajar-pelajar singapura. begitu aktif, begitu bersemangat.aku pon tidak terkecuali. namun perjalanan masih jauh. masih bertahan, masih bergerak dan masih bergelar sebagai pelajar.

Monday, June 2, 2008

Teruskan jalan

selepas selesai belajar di Al-junied, ramai classmate aku ada hala tuju masing-masing. ada yang terus keje ada sambung belaja kat ite ada yang terus ke mesir ada sambung kat malaysia aku tak terkecuali untuk sambung belaja. "ko nak sambung mane?ke nak keje langsung?"
antara soalan yang dorang tertanya-tanya antara dorang. aku memang ada niat nak sambung ke mesir tapi pegi ke malaysia dulu 3 tahun dan azhar tahun akhir. akhirnye aku kat sini jugak. tapi sebelum tu bermacam-macam perkara aku pikir. sekirenya aku tak masuk universiti yang aku apply, aku nak terus sambung keje ke?nak antar pizza sampai aku tua ke? 1st dalam adik beradik, menjadi satu tanggungjawab yang mana aku tak nak tunjukkan contoh yang kurang baik kat adik-adik aku. lepas aku habis al-junied aku keje setahun sambil aku tunggu apply dari kisdar(kolej universiti islam antarabangsa selangor).
sambil aku keje, aku mula terasa cepat bosan dengan sesuatu kerja yang aku tak minat. aku memang cakap ngan kawan-kawan keja pizza,aku tak nak keje antar pizza sampai tua. keje nak mati gaji same. tutup mata tido bukak mata kerja. so apa benefit ko dapat?so at last dapat aku masuk kisdar. actually mak aku pon taklah paksa aku untuk sambung blaja, ni smue berbalik pada individu. ko nak apa actually dalam hidup kau. kau nak kasih sayang dengan pompan terus kawin? boleh je tapi ko nak kasi isteri dan anak-anak makan apa? sekarang semua kat singapore barang mahal. minyak, beras dan lain-lain.
alhamdulillah bila aku selesai dari belajar kisdar aku bertekat terus untuk datang ke mesir untuk sambung usaha aku iaitu belajar. tetap dalam masa yang sama aku terpikir apakah dengan ijazah yang aku dapat nanti akan jamin kehidupan yang stabil?kat mesir ni pon tak terkecuali, orang mesir sendiri yang sudah selesai b.a di al-azhar bawak teksi. so aku kene pikir jalan lain untuk terus hidup dengan suasana yang kritikal.betul kata orang, insya allah, allah akan kasi rezki, betul aku tak nafikan. tapi kita pon mestilah merancang sesuatu. Allah menentukan kita merancang. semoga kita berada dalam jagaanNYA. Amin

Sunday, June 1, 2008

visitdyn & me

visitdyn adalah satu wadah yang diterajui oleh shahib amin. kebetulan shahib datang ke mesir untuk mengambil madah ulangan. dia tinggal satu rumah dengan aku. so dengar dari kawan-kawan mesir, shahib ni memang pakar dengan IT. so bila dia kata dia nak buat balik visitdyn selepas lama tak buat, dia ajak aku untuk sama-sama jayakan visitdyn dia.
so atas dasar setia kawan aku sudi untuk menjayakan projek yang tak sangka mendapat sambutan yang hangat di singapura. all the best shahib dengan visitdyn dia semoga dia mendapat mengorak langkah untuk menjalankan da`wah dengan cara yang sedemikian. so guys.. sokongan kepada kawan-kawan macam shahib ni kita harus tolong. berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
jangan pikir keuntungan. jangan pikir glamour. jangan pikir yang kita nak buat sesuatu ni untuk menjadi kaya secepat mungkin. kalau nak jadi kaya cepat,guna skim cepat kaya. yang penting jika kita ada kemahuan untuk membuat sejarah, insya allah disitu ada jalan cuma kita kene lebihkan usaha. jadilah diri sendiri. semua orang ada kelebihan dia masing-masing. tak payahlah nak tiru orang bulat-bulat. tak ada originality pon orang boleh hilang keyakinan dengan kita.
kepada kawan-kawan, member-member yang belajar tidak kiralah yang di mesir, syria, yaman, uia atau yang akan sambung master, aku ucapkan all the best dalam apa jua bidang yang korang ceburi. cuba cipta sejarah, bukan untuk berbangga-bangga tapi satu usaha yang sebenarnya kita mampu membuat sesuatu yang lain dari yang lain. just be youself. ALLAH maakum