Saturday, May 31, 2008

tahun 2008

tahun yang merupakan tahun seterusnya bagi aku untuk teruskan perjalanan hidup dengan digelar sebagai pelajar al-azhar. walaupon ramai yang berkata bahawa azhar sudah tidak seperti dahulu. gemilang dengan melahirkan ramai pelajar cemerlang, cendekiawan, pendidik yang berwibawa tetapi itu bukan soalannya. yang paling penting adalah semangat dan dedikasi apabila menuntut sesuatu. tidak kira laku atau tidak bagi siapa yang menuntut di al-azhar. jika dilihat, ramai dikalangan pelajar madrasah sudah hilang minat untuk teruskan belajar di azhar. kenapa? adakah sudah hilang kemashuran al-azhar itu atau tidak ada yang boleh dibanggakan jika seseorang pelajar madrasah itu melanjutkan pelajarannya ke mesir. tahun demi tahun bilangan yang ingin pegi ke al-azhar semakin berkurangan. mungkin ada yang sudah dapat melihat kesannya melalui pelajar-pelajar al-azhar itu sendir dan dapat menilai dari mata kasar mereka bahawa sudah hilang kegemilangan al-azhar seperti dahulu kala. sebagai individu yang berada di mesir dan menjadi pelajar al-azhar aku dapat mengatakan bahawa tidak ada perubahan yang ketara yang berlaku di al-azhar. pucuk pangkal adalah diri sendiri.tepuk dada tanya selera. sesungguhnya allah itu maha pemurah lagi maha penyayang.

No comments: