Friday, January 23, 2009

Malazia wala seeny?



setelah selesai musim peperiksaan, saya berserta kawan-kawan malaysia berkujung ke mahatta-satu kawasan yang agak sibuk di muhafazah zaqaziq- bertujuan untuk mencari barang keperluan individu serta selipar yg tiba-tiba terputus..(hamppeh) untuk menceriakan lagi keadaan kami yang seakan baru keluar dari gua, kawasan tersebut begitu ramai orang dan riuh..antara satu sebab ialah KHAMIS MALAM JUMAAT..ibarat sabtu malam minggu di tempat kita.

setelah penat berjalan dan barang-barang yang dihajat pon sudah di beli, kami singgah satu kedai juz buah-buahan. di mesir ni memang terdapat banyak kedai juz buah-buahan.

"air tebu tiga", kata kawan saya yang berasal dari Perak.

"malazy wala seeny?", tanya peniaga kedai itu.

"malazia", jawab ahli serumah yang berasal dari Terengganu.

memang akan menjadi soalan yang paling biasa diajukan oleh orang arab mesir. soalan saya ialah kenapa kulit kita yang sawo matang ini dikaitkan dengan cina?. memang tidak dinafikan orang-orang cina begitu mashur dari dahulu lagi. kerajinan dan pembiakan mereka jugak telah menjadi salah satu faktor dimana mereka selalu kedepan berbanding kita.

ada satu ketika saya ingin berjumpa kawan saya yang tinggal di Hayyu Ashir, terdapat pasangan warga cina sedang berbual melalui internet di kedai computer. Dalam hati saya berkata, mungkin mereka akan membanjiri Mesir tidak lama lagi. kata kawan saya, pelajar perubatan baru yang akan datang tahun hadapan termasuk pelajar cina dan bukan orang melayu sahaja yang boleh belajar di mesir ini. tidak pasti kesahihannya..tunggu sahaja tahun hadapan sama ada benar atau tidak..

"berusaha dan terus berusaha

jangan hanya duduk..

dan menunggu nasib yang tidak berkunjung tiba"

No comments: