Tuesday, July 22, 2008

ex Azharian

Sungguh banggah dengan kejayaan seorang bekas penuntut Azhar yang meneruskan pelajaran beliau. Dimana ada kemahuan di situ ada jalan. semangat dan dedikasi beliau menjadi satu semangat bagi diri ini secara individu. Hope to see a lot more From us.

:)


Singapura : 22 Julai 2008

Seorang lagi graduan ialah Encik Afif Pasuni, 26 tahun, anak kelima Ustaz Pasuni Maulan, mantan Presiden Mahkamah Syariah.

Lulusan Universiti Al-Azhar dalam jurusan Syariah itu mengikuti kursus perhubungan antarabangsa di NTU kerana ingin mendalami pengetahuan mengenai dunia kontemporari.

'Selain pengetahuan akademik, kursus di NTU juga membuka peluang melebarkan rangkaian kerja,' kata beliau.

Biarpun sibuk menghadiri kelas, Encik Afif juga sempat membantu rakannya menguruskan sebuah syarikat khidmat terjemahan di samping membuat persiapan persandingannya yang dilangsungkan minggu lalu.

Ketiga-tiga graduan itu merupakan kumpulan pertama yang menerima ijazah masing-masing.

Dalam majlis konvokesyen yang bermula semalam hingga Sabtu ini, NTU menyampaikan ijazah kepada 7,313 graduan dari pelbagai jurusan.

source: cyberita

No comments: