Friday, August 1, 2008

Selamat sampai di Mesir



29 Julai, jam 4.45 petang, waktu mesir, pelajar baru Al-Azhar yang seramai 26 orang selamat tiba di lapangan terbang Kahirah(matar jadid), Mesir. Mereka disambut oleh ahli-ahli PERKEMAS yang berada disana. Mereka juga telah dibahagikan kumpulan mengikut warna yang tertera di beg mereka untuk mempermudahkan ahli membantu dan terus membawa ke bas pengangkutan. Setibanya mereka di Rumah (Perkemas) Perhimpunan Kebajikan Mahasiswa Singapura, ketua yang mengendalikan program orientasi, Ustaz Syed Sofyan memberi kata-kata aluan kepada pelajar-pelajar baru itu. Sejurus selepas itu, Mereka disajikan dengan hidangan makanan yang disediakan oleh ahli yang ditugaskan.



`alhamdulillah, sampai juga dibumi mesir ini.`, jawapan Mohd Hafiz Bin Roslan atas perasaan beliau sebaik sahaja melangkah kaki di bumi Mesir. Pada hari berikutnya, aturcara bermula seawal 11 pagi. dimulakan dengan sesi pengenalan antara pelajar baru, di ikuti pula dengan panduan ringkas mengenai keselamatan, tip-tip kesihatan dan juga penerangan tentang keadaan cuaca yang berbeza dengan Singapura.

Pengenalan bahasa `amiah` adalah acara penutup pada hari pertama mereka di Rumah Perkemas itu yang mana ia diterangkan akan permulaan bahasa `amiah`, bagaimana berinteraksi dengan orang-orang di Mesir dan latihan secara praktikal bagi membiasakan mereka bertutur bahasa itu agar boleh berkomunikasi dengan orang-orang Mesir di sana.

source:kunzone.sg

No comments: