Tuesday, June 3, 2008

Singapore-Malaysia-Egypt

Tiga negara,tiga citarasa berbeza. kalau dilahirkan di Singapura memang rasanya sungguh selesa,nyaman dan segala-galanya pesat membangun. sebagai warga negara singapura mesti ada perasaan `selfish`. angkuh dengan kemegahan negara kita yang jauh lebih maju dari negara jiran. tak percaya? tengok saja bila kita masuki negara malaysia atau ingin pergi ke kuala lumpur, kita akan berpakaian yang mencerminkan gaya kesingapuraan kita dan kita akan sindir orang malaysia kalau mereka kurang `style` dari kita.
maaf kalau tersinggung tapi aku bukan maksudkan keseluruhan tapi segelintir. kalau kita lihat pada rekod jenayah yang berlaku di johor, kes kecurian atau ragut banyak melibatkan warga negara singapura. aku salah?kalau tidak percaya masakan berita harian singapura banyak memaparkan kes ragut melibatkan warga singapura?.
tapi perlu di ingat warga malaysia pon tidak lepas dari kes ragut juga, kes bunuh bayi kecik dan kes rogol remaja perempuan. aku bukan nak memalukan mana-mana pihak tapi cuma ingin beri penerangan bahawa jangan salahkan satu pihak saja. angin tidak bertiup masakan pokok bergoyang?. bila aku dapat masuk kisdar aku menunjukkan sifat-sifat nabi SAW. kita di negeri orang buat cara kita di negeri orang jangan berlagak.hormat antara satu dengan yang lain. kebetulan aku sorang saja pelajar singapura, yang selebihnya pelajar malaysia. aku merasa kaku,segan dan keras.
percaya atau tidak mereka tidak pandang pada status. selagi dipanggil muslim,selagi dipanggil
melayu mereka amalkan sopan-santun. mereka ajak datang rumah mereka jika ada majlis-majlis tertentu seperti kenduri-kendara. aku rasa sangat rugi kerana nilai-nilai sebegini kurang terdedah kepada orang melayu singapura kita yang remaja khususnya yang suka
pikir diri sendir lebih ditonjolkan dari sifat ramah-tamah. sifat sebergitu kurang aku lihat di negara sendiri. pengalaman yang seronok bila dapat kawan dari malaysia. mereka suka membantu. aku sayangkan mereka sampai terlintas difikiran ingin tinggal di malaysia. aku tak putuskan hubungan begitu sahaja, sampai sekarang aku masih berhubung dengan mereka.
bila sampai di mesir pula aku berada dengan rakan-rakan senegeriku. cukup manis bila melihat mereka sama-sama berada di mesir untuk tujuan yang satu. aku rindu saat-saat berada di bangku sekolah. sama-sama selekeh. tiba-tiba menjadi pelajar yang disegani. bukan segelintir tapi ramai.
melibatkan diri dengan persatuan menjadi satu kewajipan yang aku lihat dikalangan pelajar-pelajar singapura. begitu aktif, begitu bersemangat.aku pon tidak terkecuali. namun perjalanan masih jauh. masih bertahan, masih bergerak dan masih bergelar sebagai pelajar.

No comments: