Monday, June 2, 2008

Teruskan jalan

selepas selesai belajar di Al-junied, ramai classmate aku ada hala tuju masing-masing. ada yang terus keje ada sambung belaja kat ite ada yang terus ke mesir ada sambung kat malaysia aku tak terkecuali untuk sambung belaja. "ko nak sambung mane?ke nak keje langsung?"
antara soalan yang dorang tertanya-tanya antara dorang. aku memang ada niat nak sambung ke mesir tapi pegi ke malaysia dulu 3 tahun dan azhar tahun akhir. akhirnye aku kat sini jugak. tapi sebelum tu bermacam-macam perkara aku pikir. sekirenya aku tak masuk universiti yang aku apply, aku nak terus sambung keje ke?nak antar pizza sampai aku tua ke? 1st dalam adik beradik, menjadi satu tanggungjawab yang mana aku tak nak tunjukkan contoh yang kurang baik kat adik-adik aku. lepas aku habis al-junied aku keje setahun sambil aku tunggu apply dari kisdar(kolej universiti islam antarabangsa selangor).
sambil aku keje, aku mula terasa cepat bosan dengan sesuatu kerja yang aku tak minat. aku memang cakap ngan kawan-kawan keja pizza,aku tak nak keje antar pizza sampai tua. keje nak mati gaji same. tutup mata tido bukak mata kerja. so apa benefit ko dapat?so at last dapat aku masuk kisdar. actually mak aku pon taklah paksa aku untuk sambung blaja, ni smue berbalik pada individu. ko nak apa actually dalam hidup kau. kau nak kasih sayang dengan pompan terus kawin? boleh je tapi ko nak kasi isteri dan anak-anak makan apa? sekarang semua kat singapore barang mahal. minyak, beras dan lain-lain.
alhamdulillah bila aku selesai dari belajar kisdar aku bertekat terus untuk datang ke mesir untuk sambung usaha aku iaitu belajar. tetap dalam masa yang sama aku terpikir apakah dengan ijazah yang aku dapat nanti akan jamin kehidupan yang stabil?kat mesir ni pon tak terkecuali, orang mesir sendiri yang sudah selesai b.a di al-azhar bawak teksi. so aku kene pikir jalan lain untuk terus hidup dengan suasana yang kritikal.betul kata orang, insya allah, allah akan kasi rezki, betul aku tak nafikan. tapi kita pon mestilah merancang sesuatu. Allah menentukan kita merancang. semoga kita berada dalam jagaanNYA. Amin

2 comments:

thaaqhib said...

ko jadik aa tourist guide~ atau bukak travel agency..

amacam?

md.yusuf rahman said...

insya allah, kalau ada rezki..doakan aku bro