Saturday, June 28, 2008

Ketika Cinta Bertasbih





Penulis terkenal, Habiburrahman El Shirazy. beliau terkenal dengan karangan novelnya yang bertajuk `ayat-ayat cinta` yang mendapat sambutan hangat di benua nusantara. dengan respon yang agak mengkagumkan, ada di kalangan pembaca membuat cerita akan novel ini. ya..intisari ceritanya begitu unik..begitu mengasyikan..tetapi ada risalah yang ingin di sampaikan. itulah kekuatan novel ini. novel yang bukan sahaja mengkupas tentang cinta manusia akan tetapi cinta hamba kepada Tuhannya.

sebenarnya, aku tak minat novel..apa lagi buku cerita..tetapi bila aku selesai kuliah di KUIS, aku diberi hadiah oleh ibuku akan satu novel yang bertajuk `ketika Cinta bertasbih`..memang geli dan kelakar tak pernah dapat hadiah buku dari orang. pertama kali aku dapat novel khas dari ibuku sendiri. Apabila sampai sahaja di Mesir, demi untuk mengelakkan masa terbuang aku membuka dan membaca novel itu dan cuba untuk menyelami apa yang ingin diceritakan oleh penulis ini. Ternyata..ramai jugak yang kenal novelis tersebut dan dari situlah aku baru tahu betapa handalnya sasterawan yang dapat menundukan jiwa dan akal ribuan pembaca dengan risalah yang berteraskan tauhid dan sekaligus ia menjadi satu kemestian untuk membaca dan menyelami karya-kaya beliau.

-saya difahamkan..peminat-peminat setia karya penulis ini ingin membuat filem dengan tajuk ~Ketika Cinta Bertasbih~

nantikan saja ya~~

No comments: